JADUAL @ NOREEN'S MINI KITCHEN

Followers

Welcome

Boleh Bank in @ Transfer ke:

Nama:Norizan Binti Ahmad
No.Akaun: 151249986725
MayBank2u.com

Atau datang terus ke:
No.39, Jalan Kenari 14, Tmn. Scientex, 81750 Masai, Johor.

Penghantaran luar dari kawasan Taman Scientex akan dikenakan caj tambahan.

Area Pasir Gudang

PRICE/HARGA

Noreen’s Mini Kitchen

Price / Harga

Cup Cakes

Butter Cream

16pcs RM36.80 = 1pcs RM2.30

32pcs RM67.20 = 1pcs RM2.10

Edible Image

16pcs RM44.80 = 1pcs RM2.80

32pcs RM83.20 = 1pcs RM2.60

Blue Berry Cheese Tart

Mini size

50pcs RM25.00 = 1pcs RM0.50

300pcs RM135.00 = 1pcs RM0.45

Big Size

1pcs RM1.60 (add RM0.20 for single packing)

Apam Blossom @ Apam Polkadot

Mini Size

50pcs – 100pcs =1pcs RM0.25

500pcs – 1000pcs =1pcs RM0.20

Berminat untuk buat tempahan?

Noreen – 013-7620416

No.39, Jalan Kenari 14, Tmn. Scientex, 81750 Masai, Johor.

http://www.noreensminikitchen.blogspot.com

http://www.facebook.com/noreenhazri

*produk noreen’s mini kitchen akan bertambah dari masa ke semasa. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah melawat blog atau FB diatas.




Friday, July 20, 2012

APAM POLKADOT MERAH MENYALA

Dah amik order semula, maaf kerana aku malas giler nak updated apa benda yang aku buat, kemana aku pergi. Apa yang menarik hari2 aku. Suka apam polkadot yang aku buat untuk sicomel Nurshuhada.....

P/S: Comelnya........he3x

BCT to KAK ANOR

Order By: kak Anor.......


Tq kak, katanya anak2 yang suka makan. Kak anor dah sarat mengandung dan tengah tunggu hari tuk melahirkan. Semoga semuanya selamat dan di kurniakan baby boy.....amin.....sebab katanya scan dokter kata baby boy.

KEK KARAMEL COKLAT

Dah lama tersimpan baru hari ni rajin nak upload gambar. Kek karamel versi chocolate....Tengok saja kek ni ber posing ya....Lap air liur dulu. hik3x

Posing Menegak


Posing Ngiring



Mana2 posisi pun memang mampu sesangat untuk melelehkan air liurku. Aku tak mampu menolaknya.......

KEK KARAMEL

Salam hari jumaat yang mulia, hari ni cik rin buat delivery untuk 9 kek karamel (s) ke Gorin. termasuk 1 special kek karamel untuk kek harilahir.

9 Bungkus kek karamel....penuh kete cik rin

Simple decoration utk wawa. Happy birthday, Belajar rajin2 ya. Semoga apa yang dihajati oleh ibu & ayah akan termakbul..amin.....

KAK NJ @ KEK KARAMEL

Tempahan kek karamel besar oleh kak NJ. Tq kak. Kak NJ sampai x tau nak aku hantar hari apa. So, aku hantar hari ni. Katanya nak petang. Tak cakap pulak nak dihantar ke kedai @ rumah. Tak per ler nanti aku call dulu. Yang kecil tu aku nak bawak balik tq. langsat. Lama x tengok mak long, katanya buat pembedahan kecil pada mata. Mak long dah lama alami masalah dengan mata.

KEK KARAMEL KECIK & BESAR

Kek Karamel saiz Kecil

Tinggi: 2 Inchi & Lebar: 6 Inchi
Berat: 700g = RM20.00


Kek Karamel Saiz Besar


Tinggi: 2 1/2 Inchi & Lebar: 8 Inchi
Berat: 1.6kg = RM35.00

KEK KARAMEL

Memang mengidam nak makan kek ni .....dan akhirnya...dapat sudah.....


Nipis plak karamelnya....tapi x per sedap.......kurang manis dan tidak memuakkan. :)

Berminat? Kek karamel dijual dengan harga RM35/1.5kg

POLKADOT HITAM & OREN

Kali ni tempahan dari kak as 100pcs. Warna x kesah asal cantik katanya. Sekarang ne kak as batuk teruk dan teringin nak makan apam polkadot ni. Semoga akak cepat sembuh. (Tiru kak amflora untuk warna kali ni, tapi warna hitam dah macam kelabu plak) tq kak order ngan kita.



BCT

Disini noreen's mini kitchen mohon ampun dan maaf di atas kenaikkan harga bagi BCT. Setelah 3 bulan berniaga BCT ni baru aku tahu yang harga BCT ku terlalu murah. Dan dengan kepandaianku berniaga tanpa mengira untung. Setelah menyemak harga2 dari peniaga lain. Maka harga BCT ku kini telah kutetapkan.Maaf yer bagi peniaga2 BCT yang lain. ku tak tahu......Maaf juga bagi pelanggan Noreen's Mini Kitchen yang dah terbiasa dengan harga lama. Harap2 akan terbiasa dengan harga baru. Untuk berniaga harga kuih termasuk upah, minyak kenderaan(untuk ke hulu ke hilir membeli barang kuih), bil air, elektrik dan gas. Aku nak kena pergi kursus niaga jugak.


Tempahan dari adik ipar diana 50pcs BCT. Biasanya BCT packing guna kotak putih yang ngam2 50pcs tanpa bertindih. Tapi Norhayati request dlm botol untuk senang bawak balik kampung. Harap2 elok ler bentuknya bila nak dimakan nanti.


Tempahan oleh kawan sham BCT.



Alhamdulilah, terima kasih kerana sudi buat tempahan di Noreen's Mini Kitchen

TEMPAHAN

Macam nak tutup buku jer bunyi tajuknya. Tak der lah, orang kata alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke rebungnya. So, x jadilah nak tutup kedai. N3 bertimpa2 ne sebelum aku kena demam yang teruk iaitu pada 29/01/2011. Last buat apam polkadot untuk 2 customer. memang x larat giler, dengan kepala yang terhuyung hayang pening, badan seram sejuk, tu yang buat pun ada tertambah warna lain. Maaf, kak mila ya, minta warna pink+merah+putih. Tapi ada sikit terselit warna purple dan terlambat hantar. Kak hazren pulak maaf ya kak, diatas masalah teknikal.


150pcs order by kak Mila


70pcs Apam Polkadot & 20pcs BCT order by Kak Hazreen



Sebelum tu ada 700pcs BCT tempahan untuk tahun baru cina.
500pcs order by Ms.Ng & 200pcs order by Ms. Sia.


Nasib baik ada adik yang membantu. Dengan dia2 skali kena demam.....
Rasa macam dah tak mo lagi berkecimpung dalam dunia baking, tapi nak buat macam mana. Selagi ada permintaan, harus diteruskan........caiyok2x
(Banyak lagi tempahan yang x sempat bergambar sbb masa tu tgh mood demam)

CHEESE TART

Tak pernah pun rasa coklat cheese tart. permintaan kawan hubby tapi dia nak 10pcs Tart besar & 10 pcs tart kecil campur2 BCT ngan CCT. Ha3x...suka2 jer aku buat short form..... 

 

BIG SIZE FOR CHEESE TART

Kali ke dua BCT Big Size keluar oven. Di order oleh pelanggan yang sama dan kuantiti yang sama.


Kali pertama kak el order buat hantaran tunang adiknya. Kali ni untuk makan sendiri. Suka betul ngan cheese, jadinya BCT kali ni x mau blueberry banyak nak skit jer.......he3x...customer always right.



CHEESE TART

Malam tadi buat penghantaran ke taman cendana, umah cikgu norli. Ingat lagi x kita pernah gi kelas brownies ngan muffin. Ha! nilah cikgunya, kali ni kak norli order 30pcs BCT biasa ngan kita. Sory kak lambat antar.

Kali ni kita cuba corak yang sinonim dengan BCT. Berjaya juga akhirnya buat corak ni.

APAM POLKADOT

Ingat orang jer ke gi hospital. Apam polkadot pun pergi jugaklah. Tapi bukan sebagai pesakit...he3x...sebagai juadah untuk majlis kenduri. Tempahan dibuat oleh kak hanisah bagi pihak kawan sekerjanya.
Apam Polkadot, tema biru + putih. Inti: Strawberry & Blueberry. Terima kasih kak, kalau sudi mai ramai2 tempah lagi....


CHEESE TART

Semalam masa lunch terima panggilan dari ibu osheen, nak menempah 100pcs BCT dan perlu dihantar sebelum jam 2.00ptg hari sabtu. Katanya untuk majlis hari lahir cucunya. Nasib baik aku memang dah siapkan blueberry shell untuk tempahan raya cina ni. Macam mana ya, kenalah buat lagi tart shell nya. Jarang yang request nak blueberry shell. Kebanyakkannya nak shell biasa saja. Nak jadikan cerita, jam 10.00pg ibu osheen, mak cik kenanga call nak tambah lagi 50pcs takut x cukup katanya. Skali lagi bernasib baik ngam2 150pcs dan ada lebih 5 biji jer blueberry shell. Terima kasih mak cik kenanga sebab sudi tempah BCT dengan kita lagi.

150pcs BCT
Dah macam logo Mercedes lah plak.....

APAM POLKADOT

Order dari Pn.izie 800pcs
Tema: Biru + Putih

Inti: Blueberry + Strawberry


Order dari Pn.Hanisah 50pcs

Tema: Merah + Putih
Inti: Blueberry + Strawberry


 
Order dari Pn.Hazreen 50pcs
Tema: Warna Warni


Inti: Blueberry + Strawberry

Terima kasih kerana sudi order dari noreen. Kalau sedap bolehlah order lagi. :)

SPONGEBOB CUP CAKE

Tempahan cup cakes dari June untuk anak & adik beradik. 16pcs. Coklat cup cakes untuk Rysha, Ucu & Unty. Diharap berpuashati. Kalau rasa nak makan lagi boleh ler order berkali-kali. Uhui!..he3x

 

Cheese Tart Untuk Hantaran & buah tangan

Salam semua, orang kata alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Btul3x....Kalau dah start berniaga kecik2 ne kena teruskan. Tu ler satunya penat, dengan masalah kesihatan sekarang ne. Rasa nak babam(baring) jer. Tapi aku kuatkan semangat untuk terus sihat. Ntah ler, dari dulu aku kenal insan yang bernama Norizan ne orangnya tak teguh pendirian. Selalu hangat2 tahu ayam jer. Tapi ntah angin apa yang bertiup kencang yang buatkan aku tegak berdiri, teguh berlari. Tapi aku bersyukur alhamdulilah akhirnya aku dah jumpa pendirian. Terima kasih suamiku, teman, sahabat misae-nohara, keluarga dan insan yang memberi aku semangat untuk maju dalam hidup ini. Bermula dengan rasa ingin belajar cara2 menghias cup cake. Setelah beribu riban kali memikirkannya. Akhirnya aku akui jua yang aku harus belajar. Alhamdulilah aku dapat extra ilmu. Tapi resepi Blueberry cheese tart aku bukan dari puan nina. Sebab resepi x detail.....resepi yang diberi tu jadi pembakar semangat untuk aku cuba dan cuba resepi lain...he3x...akhirnya dapat. Aku baru dalam bidang ini. So, banyak benda yang aku perlu belajar lagi.
Citer pasal belajar, aku dah improvekan skit cara aku berniaga. Kalau dulu x berapa pandai asyik kena komplain jer...kali ni...ok! aku pasti........(cara susun) Kalau bertimpa2 x cantik. Setelah dibelek2 , di selak2 walla!.....200pcs dalam kotak(4set) 50pcs tuk hantaran....wap peti sejuk.......dah kabur gambarnya
Susun cenggini senang nak makan......

Roses Cup Cake

Salam, lari dari resepi yang puan guru ajar. Kali ni aku guna resepi choc moist untuk buat cup cake yang ditempah oleh junerysha sebanyak 20pcs. June request nak bunga rose. Tempahan untuk adik june idayu sempena hari lahir yang ke 21 tahun. Esoknya mereka akan ke KL untuk majlis konvo adik june. June orangnya peramah dan ceria. Seronok berbual ngan june walaupun hampir 1/2 jam aku duk jerit2 panggil june. Kerana sabar aku tunggu jua. Dan akhirnya tadaaa....june bukak pintu. Tapi yang sengalnya aku ne, dah lah nak hantar cup cake kat umah june. Hnatar plak pepagi, Lagi sengal x call june dulu. Pastu gi call kak NJ mintak no. june. Walhal june dah kasi tapi tu sengal punya hal aku x simpan. Jenoh duk call org lain mintak tolong. Apa pun umah june memang lawa. Sebab nampak suci murni. Putih....memang cantik, pandai june hias umah. Leh kongsi2 curi2 idea ne....jangan marah yer june. Ha! june ni sepupu kepada sepupu hubby. Entah cam ner nak panggil ea. Tapi apa pun suka june. Kalau ikutkan aku gi kerja nak kul 10 pagi kut. Gasak berbual ngan june. Tapi aku dah nak balik masuk lagi sambung citer ngan june. Tak per june nanti kalau june datang umah akak, kita bual lagi lama.......


Cheese Tart

Balik kerja rehat jap pastu mulakan kerja. Lama gak nak siap sampai jam 10mlm. Maklumlah buat sorang2. Tempahan blueberry cheese tart oleh Puan Melati.


First Cup Cake for Friends

Nak tunjuk malu, tak tunjuk tak der n3 lain. Sapa2 yang tak mo tengok tutup mata ngan keyboard yer. First time buat jadi aku dah habiskan piping bag sebanyak 10 keping hanya untuk decorate ini sahaja. Malunya dengan sikap gelabah...........Tapi atas dukungan dan bantuan serta nasihat hubby aku teruskan jua. Dan tadaaaaa inilah hasilnya.

Tempahan dari Iedah Rahman, 15 cupcake (10 untuk mak mertua & 5 untuk amirul)
Gambar pokoyo yang x menjadi.....Cup cake cokelat + butter cream + tiramisu cream
Tq Order kak iedah nanti order lagi.